Thursday, March 8, 2007

Selamat Datang

Minggu ni berlangsung perlawanan kedua dalam pusingan pertama peringkat kalah mati. kelab-kelab yang bertanding ialah Manchester United, Liverpool, Chelsea, Arsenal, Barcelona, Real Madrid, Valencia, AC Milan, Inter Milan, Roma, Lyon, Lille, Bayern Munich, PSV, Celtic, dan Porto.

Keputusan telah pun di ketahui, tiga kelab dari England telah layak ke suku akhir iaitu MU, Chelsea dan Liverpool. Arsenal gagal mara selepas hanya terikat 1-1 dan tewas dengan aggregat 2-1. Liverpool tewas di Anfield, kubu kuat mereka tapi tetap layak ke peringkat seterusnya. Chelsea pula bangkit dari ketinggalan satu gol melawan Porto dengan menang 2-1 hasil jaringan minit-minit akhir dari Ballack.

Jamie Carragher dipuji oleh Gerrard sebagai pertahanan terbaik di dunia selepas aksi memberangsangkan darinya dalam perlawanan dengan Barcelona.

Keputusan lain adalah, dua wakil Sepanyol tersingkir iaitu Real Madrid dan Barcelona. Barcelona selaku juara bertahan kecundang di tangan Liverpool akibat peraturan gol di tempat lawan. Pada perlawanan pertama di Camp Neu, mereka gagal menyekat kehebatan Liverpool dan tewas 2-1, dan pada perlawanan timbal-balik, Barcelona menghadapi tugas sukar dan akhirnya mereka gagal. Satu-satunya wakil Sepanyol yg tinggal hanyalah Valencia. Mereka menewaskan bakal juara Scudetto musim ini, Inter Milan juga dengan peraturan gol di tempat lawan.

Inter Milan gagal menterjemahkan prestasi gemilangnya dalam Serie A, dengan kekalahan kepada Valencia. Mereka terikat 2-2 pada perlawanan pertama di Inter, dan keputusan 0-0 pada malam kelmarin menyingkir mereka keluar dari Champions League. Dua wakil dari Itali mara ke suku akhir iaitu Roma dan AC Milan. Roma menewaskan Lyon di tempat lawan 2-0 manakala gol cantik dari Kaka menyingkir Celtic, satu-satunya wakil dari Scotland; dan pertama kali sampai ke peringkat kalah mati dalam sejarah mereka; dari Champions League.

Jurulatih Celtic, Gordon Stratchan, menegaskan bahawa beliau bangga dengan pencapaian anak buahnya walaupun gagal mara ke peringkat seterusnya. Yang pasti jurulatih Real Madrid pastinya hampa dengan persembahan anak buahnya apabila mereka gagal untuk sekurang-kurangnya seri di Allianz Arena. Kekalahan Real Madrid menyebabkan kedudukan Fabio Capello semakin goyah, tapi tidak pada rakan sejawatnya dari Bayern Munich yang baru menyandang jawatan pengurus, Ottmar Hitzfield. Persembahan bertenaga Bayern menyingkir Real dan mara ke Suku Akhir.

Gol terakhir Larsson untuk United, meyingkir wakil Perancis, Lille dar Champions League. Larsson yang hanya berada di MU sebagai pemain pinjaman akan pulang ke kelab lamanya tidak lama lagi.

Perancis pula bernasib malang apabila kedua-dua wakil dari negara tersebut gagal mara. Lyon yang hampir pasti muncul juara Ligue 1, buat musim ketujuh berturut-turut, kecundang di tangan Roma, manakala Lille berusaha bersungguh-sungguh di Old Trafford hanya untuk tewas 1-0 dan 2-0 kepada Manchester United secara agregat.

Alex menjaringkan gol sendiri. Kegembiraan Arsenal tak lama kerana Alex selepas itu menjaringkan gol penyamaan pada minit 83.

Belanda, PSV melengkapkan 2 minggu terburuk Arsenal apabila menyingkir mereka dari Champions League. Ini adalah kekalahan dalam kejohanan piala ketiga buat Arsenal dalam tempoh 11 hari, dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger sangat kecewa tapi memberi semangat kepada anak buahnya untuk berjuang dalam EPL.

Porto pula hampir memberi kejutan kepada Juara Bertahan EPL, Chelsea apabila mendahului di separuh masa pertama di Stamford Bridge tapi gol dari Arjen Robben dan Micheal Ballack meletakkan Chelsea ke suku akhir. Pengurus kontroversi Chelsea, Jose Mourinho ternyata lega dengan reaksi pemainnya setelah ketinggalan. Beliau juga telah memuji Ballack atas sumbanagnnya dalam perlawanan itu dan juga golnya yang meyelamatkan Chelsea dari tersingkir.

Berikut adalah keputusan perlawanan CL minggu nie:

England
Man U 1-0 Lille, Chelsea 2-1 Porto, Liverpool 0-1 Barcelona, Arsenal 1-1 PSV.

Italy
Inter 0-0 Valencia, AC Milan 1-0 Celtic, Roma 2-0 Lyon

Sepanyol
Barcelona 1-0 Liverpool, Real Madrid 1-2 Bayern, Valencia 0-0 Inter

Perancis
Lyon 0-2 Roma, Lille 0-1 Man U

Lain2
Bayern 2-1 Real Madrid, PSV 1-1 Arsenal, Celtic 0-1 AC Milan

**Nota**
  • Henrik Larsson menjaringkan gol yang mungkin merupakan gol perpisahan dengan Manchester United
  • Arsenal kecewa lagi, kekalahan dalam kejohanan piala ketiga dalam tempoh 11 hari
  • Chelsea bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menang ke atas Porto, kelab lama Jose Mourinho
  • "Ejen Chelsea", Alex, menjaringkan gol penyamaan untuk menyingkir Arsenal dari kejohanan
  • Jamie Carragher menganggap kemenangan Liverpool ke atas Barcelona sebagai terbesar dalam sejarah kelab itu.
  • Valencia mara selepas terikat 0-0 dengan Inter dalam perlawanan yang menyaksikan pergaduhan antara pemain berlaku.
  • Celtic dikecewakan oleh gol cantik Kaka pada masa tambahan.
  • Kapten Roma, dan Italy, Francesco Totti memberi inspirasi kepada Roma untuk mengalahkan Lyon dengan menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.
  • Roy Makaay menjaringkan gol tercepat dalam sejarah Champions League iaitu selepas hanya 10 saat wisel dibunyikan dalam perlawanan dengan Real Madrid.

Tiada EPL untuk hujung minggu ni, FA Cup akan berlangsung, antara perlawanannya ialah

Chelsea VS Tottenham di Stanford Brigde, Chelsea mestinya nak tambah trofi yang dimenangi dengan menjuarai FA Cup selepas menundukkan pasukan muda Arsenal dalam Final Carling Cup. Jangkaan: Chelsea menang mudah, 2-0

Manchester United VS Middlbrough di Stadium Riverside. Middlebrough cuba untuk sekat MU dari melangkah ke pusingan seterusnya tapi Man U berada pada kelas tersendiri. Jangkaan: Man U menang 3-1

Ok, sampai sini dulu saya nak tulis. Mungkin lepas Perlawanan Piala FA tu selesai saya akan post lagi. bye.

Beri komen anda! Klik Sini!